Rabu, 12 Mac 2014

KHASIAT ZAFARAN



ZA'FARAN TU APA?
Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong     antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.
Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
KHASIAT ZA’FARAN

Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan
Selain membantu mendapatkan bayi yang comel, cerah, gebu, sihat dan pintar, ia juga berfungsi untuk:
  Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
  Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
  Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
  Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
  Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
  Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
  Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  Menambahkan tenaga zahir dan batin
  Masalah mati pucuk, sembelit
  Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

KESITIMEWAAN ZA'FARAN
ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.
DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994). Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnanya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

Membantu pencernaan makanan
Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
Mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam
Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
Air anti spashodic

ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

Melancarkan haid yang tidak menentu
Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
Membantu menenangkan jiwa yang tertekan

Di negara-negara Asia larutan ZA"FARAN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan.
Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar

ZA'FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN ZA'FARAN NI?
Cara menggunakan za'faran ini amat mudah.
Mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit zafaran 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur (untuk mengelakkan bayi kena demam kuning).

ATAU

Campur 6 stigma(filament) za'faran untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit air rendaman za'faran dalam bancuhan susu botol anak.

ATAU

Ambil 3 filamen za'faran dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.


Zafaran ini adalah asli berbentuk filamen dan tidak dicampur bahan lain. TIADA KESAN SAMPINGAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan