Sabtu, 22 Mac 2014

KHASIAT BUAH DELIMA

KHASIAT BUAH DELIMA
Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:
Khasiat Buah delima untuk kesihatan
·                     Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
·                     Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
·                     Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
·                     Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-selleukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
·                     Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
·                     Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
·                     sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
·                     Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
·                     Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
·                     Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
·                     Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
·                     Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
·                     Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
·                     Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..
Fakta mengenai Buah delima
·                     Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
·                     Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
·                     Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
·                     Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
·                     Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
·                     Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
·                     Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
·                     Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.







Isnin, 17 Mac 2014

KHASIAT BUAH KURMA

KHASIAT BUAH KURMA

oleh: Majalah Kesihatan

Kurma adalah buah yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genusphoenix.  Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat. Sekarang pohon kurma dibudidayakan secara luas di wilayah beriklim hangat di semua benua, termasuk di Afrika, Australia dan Amerika (California).

Kurma segar memiliki daging berserat lembut dan rasanya sangat manis, seperti campuran sirup gula dan madu. Daging buah kurma berisi gula sederhana seperti fruktosa dan dekstrosa yang mudah dicerna dan cepat mengisi ulang energi tubuh. Karena karakteristik tersebut, kurma sangat cocok untuk mengawali berbuka puasa.

Kandungan nutrisi kurma
Kurma memiliki daftar panjang kandungan nutrisi yang bermanfaat bagi tubuh. Tabel di samping menunjukkan kandungan gizi dan unsur non-gizi yang ada pada kurma.
Kurma matang mengandungi gula sekitar 80%, sisanya terdiri dari protein, lemak dan produk mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asam folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik.  Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandung sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.


12 Khasiat buah kurma
  1. Kaum Arab Badawi, yang makan kurma secara teratur, menunjukkan tingkat kejadian yang sangat rendah dari kanker dan penyakit jantung.
  2. Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
  3. Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
  4. Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
  5. Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesehatan mata. Vitamin A juga diperlukanmenjaga kulit tetap sehatKonsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A  diketahui membantu melindungi dari kanker paru-paru dan rongga mulut.
  6. Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya dukung oksigen darah.
  7. Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadappenyakit jantung koroner dan stroke.
  8. Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan dibutuhkan oleh tubuh untuk kontraksi otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
  9. Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksida dismutase.
  10. Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
  11. Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
  12. Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, yaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.
Kalau begitu, betul sekali anjuran Nabi Muhammad untuk mengawali berbuka puasa dengan tiga butir kurma!


Khasiat Buah Kurma Untuk Ibu Mengandung
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Buah kurma juga sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.



Kandungan Hormon Yang  Menguatkan Ibu Mengandung
Zat Besi dan Kalsium-  Bermanfaat untuk produksi hemoglobin dan sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari kekurangan sel darah merah atau anemia. Jika kebutuhan akan zat besi ini terpenuhi, maka peredaran darah akan lancar dan sari-sari makanan akan beredar dengan lancar. Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma juga membantu menguatkan tulang si ibu dan membantu pertumbuhan tulang serta mengaktifkan sel-sel otak janin.
Hormon Potuchin- yang berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan pasca melahirkan, ia  juga akan membantu memacu kontraksi di pembuluh darah vena yang ada di sekitar payudara ibu, sehingga memacu kelenjar air susu untuk menghasilkan air susu ibu.
Hormon Oksitosin- yang dapat membantu merangsang kontraksi pada otot-otot rahim sehingga mempermudah persalinan.
Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi- kandungan ini pada sari buah kurma juga merupakan yang paling besar dibandingkan buah-buahan lain. Fiber memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan.

Khamis, 13 Mac 2014

RAMNAH COLLECTION: JUS ABQORI GENIUS

RAMNAH COLLECTION: JUS ABQORI GENIUS: JUS ABQORI (MINUMAN SUNNAH - PERANGSANG MINDA DAN TENAGA SEISI KELUARGA) KANDUNGAN: KURMA, KISMIS, HABBTUS SAUDA,MADU,ZA;FARAN, BUAH D...

Rabu, 12 Mac 2014


KHASIAT BUAH GOJI


Kehebatan Buah Goji - Buah Lycium (Goji)
   
Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , Oregon 

Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.

Goji dan Teks Perubatan Purba Cina

'GOJI' telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut: 
•    Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan 'yin' dan 'yang', membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".
•         Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".
•         Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur".
34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell 
Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-
1.      Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.      Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.      Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.      Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5.      Goji mengurangkan risiko kanser.
6.      Goji mengurangkan kolestrol.
7.      Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8.      Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9.      Goji membantu mengurangkan berat badan.
10.  Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11.  Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12.  Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13.  Goji menguatkan jantung anda.
14.  Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
15.  Goji meningkatkan halangan penyakit.
16.  Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17.  Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18.  Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19.  Goji menghalang tumbesaran tumor.
20.  Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21.  Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22.  Goji meningkat limfosit.
23.  Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24.  Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25.  Goji merawat simptom-simptom menapause.
26.  Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27.  Goji meningkatkan kesuburan.
28.  Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29.  Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30.  Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31.  Goji membantu batuk kering yang kronik.
32.  Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33.  Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34.  Goji membantu sistem penghadaman.






Fakta Nutrisi Buah Goji Ningxia 
Goji Ningxia mengandungi:
•         19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
•         21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
•         16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
•         Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
•         Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
•         Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
•         Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
•         Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
•         Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
•         Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
•         Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
•         Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
•         Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
•         Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
•         Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!


KHASIAT ZAFARAN



ZA'FARAN TU APA?
Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong     antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Za’faran adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan terkenal kegunaannya dalam bidang perubatan. Malah ianya sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan dan minumam serta di bidang kosmetik.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi mendapatkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ianya memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.
Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
KHASIAT ZA’FARAN

Dapat mengelakkan bayi anda terkena demam kuning selepas dilahirkan
Selain membantu mendapatkan bayi yang comel, cerah, gebu, sihat dan pintar, ia juga berfungsi untuk:
  Membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan.
  Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
  Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
  Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
  Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
  Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
  Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  Menambahkan tenaga zahir dan batin
  Masalah mati pucuk, sembelit
  Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
  Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
  Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
  Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
  Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
  Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

KESITIMEWAAN ZA'FARAN
ZA'FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.
DARI SEGI PERUBATAN

Dios Cerides - seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA'FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.

Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA'FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA"FARAN dapat mengelakkan sistem pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994). Di Eropah ZA'FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan.Kini ZA'FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan dimana warnanya yang keemasan itu di manfaatkan.

Di Mesir, ZA'FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:

Membantu pencernaan makanan
Menghindarkan batuk dan radang paru-paru
Mengurangkan masalah tidak boleh tidur malam
Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi
Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut
Air anti spashodic

ZA'FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh 'therapist' dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:

Melancarkan haid yang tidak menentu
Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin
Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala
Membantu menenangkan jiwa yang tertekan

Di negara-negara Asia larutan ZA"FARAN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan.
Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar

ZA'FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat 'filamen' daripad ZA'FARAN tersebut ke dalam susu dan di minum.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN ZA'FARAN NI?
Cara menggunakan za'faran ini amat mudah.
Mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit zafaran 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur (untuk mengelakkan bayi kena demam kuning).

ATAU

Campur 6 stigma(filament) za'faran untuk 500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung. Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit air rendaman za'faran dalam bancuhan susu botol anak.

ATAU

Ambil 3 filamen za'faran dimakan bersama satu sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu malam.


Zafaran ini adalah asli berbentuk filamen dan tidak dicampur bahan lain. TIADA KESAN SAMPINGAN.